Monday, September 5, 2011 ♥
Teman yg baru saja kita kenal akan menjatuhkan kita.
Sahabat
~~~~~~~
Sahabat, apakah itu erti sahabat yg sebenar?
Adakah persahabatan itu satu perkara yg baik? Atau tidak?
Sahabat, kau menyebutku sebagai sahabatmu, tapi mengapakah kau menusukku dari belakang?
Kau membongkar segala rahsiaku kepada pacarku, kau bicara segala yg tidak benar tentangku.
Seolah-olah aku ini sangat jahat dimatanya.
Padahal aku menganggapmu lebih daripada sekadar sahabat.
Aku menyimpan semua rahsia tentangmu tetapi mengapakah kau membongkar semua rahsiaku sedangkan kau sudah berjanji untuk menyimpannya?
Kamu adalah sahabat yg tidak baik dimataku.
Kau ingin menjatuhkan ku didepan orang.
Mengapakah kau bersikap begitu wahai sahabatku?
Adakah kau cemburu denganku? Ataukah kau tidak suka kepadaku?
Kau selalu ada denganku. Tetapi kau bersikap seolah-olah kau tiada masalah denganku.
Aku menutupi semua ini dan aku menutup mata kerana aku masih menganggapmu sebagai sahabatku.
Aku tidak percaya setiap kata2 teman sejatiku pabila dia berkata bahawa kamulah yg membongkar semua rahsiaku.
Sudah ku duga, tetapi aku masih menutup mata.
Hari semakin hari aku semakin jelak terhadapmu.
Aku tidak mahu berdepan denganmu untuk membicarakan semua ini kerana aku tidak mahu kehilangan seorang sahabat.
" Ya allah, mengapakah aku mempunyai sahabat seperti dia? Sedangkan niatku ikhlas untuk bersahabat dengannya.
Kini baru ku sedar bahawa aku tidak boleh mempercayai sahabat yg baru saja ku kenal.
Kerana sahabat barulah yg akan menjatuhkan ku suatu hari nanti sedangkan teman sejati itu lah yg akan melindungi ku.
Dan aku percaya bahawa [[Karma]] itu ada. Dia akan terkena suatu hari nanti. Insyaallah.. "
Labels: Sedangkan sahabat sejati lah yg akan melindungi kita dari cara apapun.
@ 10:00 AM
» Back to top.