♥She's Just Being Her♥



Thursday, February 2, 2012 ♥
♥ Bila kita berfikiran positif,

Bila kita berfikiran positif, semua masalah Akan selesai dgn tenang

------------------------------------------------------------------------------------






Dia kelihatan berbeza semenjak kelmarin, 290212. Jikalau dia merasa tidak tenang denganku, seharusnya dia berbicara denganku. Berterus terang denganku tentang apa yg telah dia fikirkan dan apa yg sebenarnya berlaku. Bukan dengan berdiam diri sahaja dan meluahkan(post) tentang apa yg dia rasakan di mukabuku kita. Bagaimana ku tahu tentang apa yg dirasakan jikalau dia tidak beritahuku tentang apa yg dia fikirkan? Sebagai kekasih nya, aku juga ingin membahagiakannya. Bukan membuat dia merasakan kesepian, kesunyian ataupun kesedihan. Apabila aku sudah membaca tentang apa yg dia rasakan di mukabuku kita, aku merasakan yg dia selalu berfikiran negatif tentang diriku ini. Seperti gambar yg aku ambil ini. Mungkin dia berfikir yg aku ini beri dia cinta dengan harapan yg palsu. Tetapi mengapakah dia berfikiran begitu sedangkan aku mencintainya dengan seikhlas hatiku? Aku tidak memberinya harapan yg palsu malah aku memberinya cinta yg ikhlas. Dan itu terbukti tidak palsu. Aku tahu mengapa dia berfikiran sebegitu. Mungkin dengan sikapku yg kurang menyayanginya membuat dia berfikiran bahawa aku memberinya cinta dan harapan yg palsu. Tidak salah juga jikalau aku memberi dia pesanan setiap hari yg menyatakan bahawa aku mencintainya sedangkan aku benar2 mencintainya.





Memang benar bahawa kita hanya merancang dan tuhan yg menentukan. Jikalau kita gagal dan tiada jodoh, kita harus redho. Walaupun kita sudah membuat yg terbaik akhirnya kita gagal juga, tuhan sudah menyediakan seseorang yg lebih baik untuk kita. Kita harus sabar menanti pasangan kita dan insyaallah kita akan menemukan pasangan yg tepat yg benar2 tulus mencintai kita. Setelah aku membaca semua ini, aku merasakan bahawa dia memikirkan yg aku ini bukan kekasih yg tepat untuknya. Jika dia berterus terang denganku tentang semua ini, pasti aku akan mengerti tentang apa yg dirasakannya. Dia meluahkan semuanya di mukabuku kita seolah-olah dia sudah berputus asa dgn perhubungan kita. Padahal tuhan mengajar kita supaya jgn mudah untuk berputus asa. Jikalau kita berputus asa maka kita akan menyesal dikemudian hari. Jgn mudah kita berputus asa dan jgn mudah kita terikut2 dgn nafsu kita. Jikalau kita terikut2, maka kita jugalah yg akan menyesal dengan apa yg kita lakukan dikemudian hari. Aku tidak mahu sekadar bicara. Tetapi aku akan berusaha untuk tidak berputus asa dan aku akan mempertahankan perhubungan dan cinta kita jikalau akhirnya kekuatan cinta kita akan putus. Cinta itu harus dipertahankan bukan dilalaikan. Dan bukan mudah juga untuk mencari cinta. Kerana bila kita gagal, akan sangat sulit buat kita untuk memulakan kehidupan yg baru. Itu akan mengambil jangka masa yg panjang.





Mengapakah dia mengatakan bahawa dia tidak dapat apa yg dia inginkan dan dia akan cuba sedaya upaya untuk mencapai impiannya? Mungkin apa yg dia ingini aku tidak mampu beri? Atau dia ingin aku berubah menjadi seorang kekasih yg lebih pengertian yg mencintai dia seadanya? Aku tidak tahu akan masalah ini. Aku akan cuba untuk mencari kebenarannya dari dia dan aku berharap agar dia akan terbuka dan jujur denganku. Kerana kejujuran lah yg lebih diutamakan disetiap perhubungan. Kerana jikalau tiada kejujuran, maka akan hancurlah sebuah perhubungan.


Dan mengapa juga dia mengatakan bahawa kehidupan itu sangat membosankan? Aku sudah bertanya kepada dia dan dia menjawabnya dengan sangat mudah. Kehidupan dia membosankan kerana dia harus bekerja. Akan sangat tidak membosankan jikalau uang itu jatuh dari langit. Padahal dia tahu bahawa itu tidak akan pernah terjadi. Dan jikalau benar2 akan terjadi, maka kiamat sudah hampir dekat. Bagi aku, jawapan nya sangat tidak masuk akal. Aku tahu dia. Aku bukan mengenalinya sehari dua tetapi sudah dua tahun. Jadi aku tahu apa jawapannya. Itu bukan jawapannya yg sebenar. Bagi ku, yg sebenarnya adalah tentang kehidupannya dan tentang perhubungan kita. Yg utama adalah tentang perhubungan kita yg sedang bermain difikirannya sekarang ini. Aku tahu yg aku selalu bersikap dingin dengannya. Itu lah yg selalu dia bilang kepadaku. Jikalau aku salah, mengapakah dia pula yg bersikap dingin kepadaku? Mungkin dia ingin memberi pelajaran kepadaku supaya aku sedar akan sikapku kepada dia. Walau bagaimana pun, aku harus berfikiran positif. Kerana semua masalah akan selesai dengan tenang jikalau kita berfikiran positif.







Mengapakah hati dia tidak tenang? Itu yg aku tertanya-tanya dan aku fikirkan sampai sekarang ini. Aku sudahpun bertanya kepada dia dan jawapan nya ialah, hatinya tidak tenang kerana dia ingin belajar sholat. Itu adalah suatu perkara yg baik dan ada sedikit masuk akal juga. Tetapi, itu juga bukan jawapan yg sebenar. Yg sebenarnya adalah, hatinya tidak tenang juga kerana ku. Kerana dia asyik berfikiran negatif dan berburuk sangka terhadapku. Itu lah sebabnya mengapa hatinya tidak tenang. Aku rasa dia berfikir bahawa aku menghianati nya lagi. Aku berpaling terhadapnya lagi. Malahan itu semua tidak benar. Apa yg difikirkan nya semua tidak benar. Aku tidak berburuk sangka terhadapnya, tetapi itu lah yg aku jangkakan buat masa sekarang ini. Tetapi walau bagaimana pun, aku harus berfikiran positif lagi. Dan untuk memastikan semua ini, aku harus bertanya kepada dia dan aku harus berfikiran positif. Harus!

Labels:


@ 3:30 AM

» Back to top.




PROFILE♥

Photobucket

♥Hi^_^ Im Fazeila.
Call me Eila for short.
1 year older on 050193
ITE Macpherson is my school. =)♥
steadygerl_93@hotmail.com


♥ Tag before you leave okay. ♥

Disclaimer♥

♫JUKEBOX♫

Music Playlist at MixPod.com

♫ Bila Cinta by Filianti Vlee

SPEAKOUT♥

THANKYOU♥

Designer:
♥intoxiicated-

Rights Reserved © ♥intoxiicated-