♥She's Just Being Her♥



Thursday, February 2, 2012 ♥
♥ Bila kita berfikiran positif,

Bila kita berfikiran positif, semua masalah Akan selesai dgn tenang

------------------------------------------------------------------------------------






Dia kelihatan berbeza semenjak kelmarin, 290212. Jikalau dia merasa tidak tenang denganku, seharusnya dia berbicara denganku. Berterus terang denganku tentang apa yg telah dia fikirkan dan apa yg sebenarnya berlaku. Bukan dengan berdiam diri sahaja dan meluahkan(post) tentang apa yg dia rasakan di mukabuku kita. Bagaimana ku tahu tentang apa yg dirasakan jikalau dia tidak beritahuku tentang apa yg dia fikirkan? Sebagai kekasih nya, aku juga ingin membahagiakannya. Bukan membuat dia merasakan kesepian, kesunyian ataupun kesedihan. Apabila aku sudah membaca tentang apa yg dia rasakan di mukabuku kita, aku merasakan yg dia selalu berfikiran negatif tentang diriku ini. Seperti gambar yg aku ambil ini. Mungkin dia berfikir yg aku ini beri dia cinta dengan harapan yg palsu. Tetapi mengapakah dia berfikiran begitu sedangkan aku mencintainya dengan seikhlas hatiku? Aku tidak memberinya harapan yg palsu malah aku memberinya cinta yg ikhlas. Dan itu terbukti tidak palsu. Aku tahu mengapa dia berfikiran sebegitu. Mungkin dengan sikapku yg kurang menyayanginya membuat dia berfikiran bahawa aku memberinya cinta dan harapan yg palsu. Tidak salah juga jikalau aku memberi dia pesanan setiap hari yg menyatakan bahawa aku mencintainya sedangkan aku benar2 mencintainya.





Memang benar bahawa kita hanya merancang dan tuhan yg menentukan. Jikalau kita gagal dan tiada jodoh, kita harus redho. Walaupun kita sudah membuat yg terbaik akhirnya kita gagal juga, tuhan sudah menyediakan seseorang yg lebih baik untuk kita. Kita harus sabar menanti pasangan kita dan insyaallah kita akan menemukan pasangan yg tepat yg benar2 tulus mencintai kita. Setelah aku membaca semua ini, aku merasakan bahawa dia memikirkan yg aku ini bukan kekasih yg tepat untuknya. Jika dia berterus terang denganku tentang semua ini, pasti aku akan mengerti tentang apa yg dirasakannya. Dia meluahkan semuanya di mukabuku kita seolah-olah dia sudah berputus asa dgn perhubungan kita. Padahal tuhan mengajar kita supaya jgn mudah untuk berputus asa. Jikalau kita berputus asa maka kita akan menyesal dikemudian hari. Jgn mudah kita berputus asa dan jgn mudah kita terikut2 dgn nafsu kita. Jikalau kita terikut2, maka kita jugalah yg akan menyesal dengan apa yg kita lakukan dikemudian hari. Aku tidak mahu sekadar bicara. Tetapi aku akan berusaha untuk tidak berputus asa dan aku akan mempertahankan perhubungan dan cinta kita jikalau akhirnya kekuatan cinta kita akan putus. Cinta itu harus dipertahankan bukan dilalaikan. Dan bukan mudah juga untuk mencari cinta. Kerana bila kita gagal, akan sangat sulit buat kita untuk memulakan kehidupan yg baru. Itu akan mengambil jangka masa yg panjang.





Mengapakah dia mengatakan bahawa dia tidak dapat apa yg dia inginkan dan dia akan cuba sedaya upaya untuk mencapai impiannya? Mungkin apa yg dia ingini aku tidak mampu beri? Atau dia ingin aku berubah menjadi seorang kekasih yg lebih pengertian yg mencintai dia seadanya? Aku tidak tahu akan masalah ini. Aku akan cuba untuk mencari kebenarannya dari dia dan aku berharap agar dia akan terbuka dan jujur denganku. Kerana kejujuran lah yg lebih diutamakan disetiap perhubungan. Kerana jikalau tiada kejujuran, maka akan hancurlah sebuah perhubungan.


Dan mengapa juga dia mengatakan bahawa kehidupan itu sangat membosankan? Aku sudah bertanya kepada dia dan dia menjawabnya dengan sangat mudah. Kehidupan dia membosankan kerana dia harus bekerja. Akan sangat tidak membosankan jikalau uang itu jatuh dari langit. Padahal dia tahu bahawa itu tidak akan pernah terjadi. Dan jikalau benar2 akan terjadi, maka kiamat sudah hampir dekat. Bagi aku, jawapan nya sangat tidak masuk akal. Aku tahu dia. Aku bukan mengenalinya sehari dua tetapi sudah dua tahun. Jadi aku tahu apa jawapannya. Itu bukan jawapannya yg sebenar. Bagi ku, yg sebenarnya adalah tentang kehidupannya dan tentang perhubungan kita. Yg utama adalah tentang perhubungan kita yg sedang bermain difikirannya sekarang ini. Aku tahu yg aku selalu bersikap dingin dengannya. Itu lah yg selalu dia bilang kepadaku. Jikalau aku salah, mengapakah dia pula yg bersikap dingin kepadaku? Mungkin dia ingin memberi pelajaran kepadaku supaya aku sedar akan sikapku kepada dia. Walau bagaimana pun, aku harus berfikiran positif. Kerana semua masalah akan selesai dengan tenang jikalau kita berfikiran positif.







Mengapakah hati dia tidak tenang? Itu yg aku tertanya-tanya dan aku fikirkan sampai sekarang ini. Aku sudahpun bertanya kepada dia dan jawapan nya ialah, hatinya tidak tenang kerana dia ingin belajar sholat. Itu adalah suatu perkara yg baik dan ada sedikit masuk akal juga. Tetapi, itu juga bukan jawapan yg sebenar. Yg sebenarnya adalah, hatinya tidak tenang juga kerana ku. Kerana dia asyik berfikiran negatif dan berburuk sangka terhadapku. Itu lah sebabnya mengapa hatinya tidak tenang. Aku rasa dia berfikir bahawa aku menghianati nya lagi. Aku berpaling terhadapnya lagi. Malahan itu semua tidak benar. Apa yg difikirkan nya semua tidak benar. Aku tidak berburuk sangka terhadapnya, tetapi itu lah yg aku jangkakan buat masa sekarang ini. Tetapi walau bagaimana pun, aku harus berfikiran positif lagi. Dan untuk memastikan semua ini, aku harus bertanya kepada dia dan aku harus berfikiran positif. Harus!

Labels:


@ 3:30 AM

» Back to top.


Wednesday, November 23, 2011 ♥

Aku sangat merindui kenangan manis tentang kita.
Disaat kita bergurau bersama, tertawa, bersenang2.
Namun kini, semuanya telah berubah menjadi pahit.
Semua gurauan itu telah pergi begitu sahaja.
Batin nya tersiksa lagi kerana masa lalu ku.
Hatinya sangat hancur kerana ku.
Masa lalu ku yg begitu pahit membuatkan dia menangis tersedu-sedu.
Tolong ampunilah semua dosa-dosa ku ini ya allah.
Aku telah bnyk melakukan kesalahan.
Kesalahan di masa lalu.
Dan kesalahan yg telah ku lakukan pada masa kini.
Aku telah bnyk menyakiti hatinya.
Ya allah. Hina sangat kah ku pada pandangannya?
Hina sangat kah aku ini ya allah?
Aku telah berdosa.
Rasanya aku ingin mati tetapi aku tidak bisa.
Aku tidak mahu berdosa lagi.
Kerana ajal ditanganmu dan bunuh diri itu sangat dosa.
Berilah aku petunjuk atas semua ini ya allah.
Kekalkan dan eratkan lagi lah perhubungan ku dgn dia.
Aku mohon kepadamu kerana engkau maha mengetahui segalanya. :'(


@ 1:50 AM

» Back to top.


Monday, September 5, 2011 ♥
1st Sept, 4am ♥

This was done on the 1st of sept, 4pm. But i was soo busy until I get to copy where i done it on my phone today. Hees! Sorry for the late update peeps! ^^
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Disaat aku sedang bersamamu, hatiku berdebar-debar dengan laju.
Seperti waktu pertama kali kita bertemu.
Tidak tahu mengapa hatiku berbicara bahawa ia mencintaimu dengan sepenuh hatinya.
Kamu bagaikan darah yg mengalir di tubuhku.
Kini ku sedar bahawa kau lah satu2nya org yg sngt berharga dihidupku selain daripada keluargaku.
Aku menyesal telah banyak melukai hatimu. Maafkan ku wahai kekasihku.
Aku berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.
Dan jika ku ingkar, hukum lah aku jika itu yg kau mahu.
Aku mencintaimu dengan sepenuh hatiku.
Kaulah sumber inspirasi ku wahai kekasihku. <3

Labels:


@ 11:20 PM

» Back to top.


Teman yg baru saja kita kenal akan menjatuhkan kita.

Sahabat

~~~~~~~


Sahabat, apakah itu erti sahabat yg sebenar?

Adakah persahabatan itu satu perkara yg baik? Atau tidak?

Sahabat, kau menyebutku sebagai sahabatmu, tapi mengapakah kau menusukku dari belakang?

Kau membongkar segala rahsiaku kepada pacarku, kau bicara segala yg tidak benar tentangku.

Seolah-olah aku ini sangat jahat dimatanya.

Padahal aku menganggapmu lebih daripada sekadar sahabat.

Aku menyimpan semua rahsia tentangmu tetapi mengapakah kau membongkar semua rahsiaku sedangkan kau sudah berjanji untuk menyimpannya?

Kamu adalah sahabat yg tidak baik dimataku.

Kau ingin menjatuhkan ku didepan orang.

Mengapakah kau bersikap begitu wahai sahabatku?

Adakah kau cemburu denganku? Ataukah kau tidak suka kepadaku?

Kau selalu ada denganku. Tetapi kau bersikap seolah-olah kau tiada masalah denganku.

Aku menutupi semua ini dan aku menutup mata kerana aku masih menganggapmu sebagai sahabatku.

Aku tidak percaya setiap kata2 teman sejatiku pabila dia berkata bahawa kamulah yg membongkar semua rahsiaku.

Sudah ku duga, tetapi aku masih menutup mata.

Hari semakin hari aku semakin jelak terhadapmu.

Aku tidak mahu berdepan denganmu untuk membicarakan semua ini kerana aku tidak mahu kehilangan seorang sahabat.

" Ya allah, mengapakah aku mempunyai sahabat seperti dia? Sedangkan niatku ikhlas untuk bersahabat dengannya.

Kini baru ku sedar bahawa aku tidak boleh mempercayai sahabat yg baru saja ku kenal.

Kerana sahabat barulah yg akan menjatuhkan ku suatu hari nanti sedangkan teman sejati itu lah yg akan melindungi ku.

Dan aku percaya bahawa [[Karma]] itu ada. Dia akan terkena suatu hari nanti. Insyaallah.. "

Labels:


@ 10:00 AM

» Back to top.


Sunday, September 4, 2011 ♥
Semua ini kerana Cinta.

Setiap manusia telah pun merasai dan menemui banyak cinta.
Terkadang ia datang, terkadang pula ia pergi.
Ada kisah yg pahit dan ada juga yg manis yg ada didalam diri masing2.
Ada yg tak pernah berkasih, ingin pula mencari kekasih.
Tetapi bila sudah kecewa, menyesal pula hendak mempunyai kekasih.
Sekarang baru ku tahu


  • kerana cinta, kita sepi.


  • Kerana cinta pula lah kita menjadi riang.


  • Kerana cinta kita pilu.


  • Dan kerana cinta pula lah ada yg keseorangan.

Namun ada yg yakin bahawa didalam hatinya, Cinta itu tidak boleh membunuhnya. Begitu juga denganku. Cinta itu terlalu istimewa. (:

Labels:


@ 3:00 AM

» Back to top.


Wednesday, August 3, 2011 ♥
Tentang Masa lalu ku

Aku tidak tahu bagaimana harusku menjelaskan tentang perasaan ku yg sebenar.


Aku tahu yg aku ini telah bnyk melakukan kesilapan kepadanya.


Tetapi, apakah kesalahan ku ini tidak boleh dimaafkan ataupun dilupakan?


Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dari membuat kesilapan.


Terkadang aku tertanya-tanya kepada diriku, apakah diriku ini pantas untuk dia?


Ataukah dia yg tidak boleh melupakan tentang perkara2 yg sudahpun berlalu?


Mengapakah setiap kali seseorang itu membuat kesilapan pasti akan dipandang hina oleh semua orang?


Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan, tidak akan dipandang oleh mereka?


Mereka tidak nampak kebaikan yg dilakukan oleh seseorang itu malah dipandang hina kepada mereka.


Dibuai perasaan yg marah, keji, kecewa.


Namun sudah berkali-kali meminta maaf tetapi tidak dipedulikan lagi.


Katanya sudah memaafkan tetapi diingat-ingatkan lagi.


Seperti sedang mengungkit tentang masa lalu.


Aku percaya bahawa didunia ini, manusia tidak akan pernah terlepas dari membuat kesilapan.


Dan aku juga percaya akan takdir.


Takdir yg akan menentu dan merubahkan segalanya.


Walaupun dia tidak mengetahuinya, tetapi aku tetap tahu dan sudah belajar akan kesilapanku ini.


Belajar akan kesilapan2 yg tidak seharusnya terulang lagi.


Aku telah berazam untuk tidak akan menyakiti hati seseorang itu lagi tanpa ku sedari.


Dan aku juga percaya bahawa waktu yg akan menentukannya. :-x

Labels:


@ 6:00 PM

» Back to top.


Tuesday, July 26, 2011 ♥
Kaulah insan yg paling indah

On the 13/07/11


Cinta itu bagaikan pantai yg sangat indah menjadi meriah. Tak pernah sunyi dan sepi.

Ditemani oleh ramai orang yg mengunjunginya.

Pantai yg indah itu malah dijadikan tempat yg dikagumi ramai orang dan dibuatnya sebagai tempat yg penuh dengan memori.

Tak kiralah sama ada memori itu pahit ataupun manis.

Pantai itu sama seperti cintaku padamu.

Aku tk pernah merasakan kesunyian mahupun kesepian pabila ku bersamamu.

Kamu bagaikan pelangi yg penuh dgn warna-warni yg telah mencerahkan hidupku ini.

Tk pernah sesekali pun terlintas difikiranku untuk menduakan cintamu.

Cintaku sangat tulus kepadamu wahai kekasihku.

Aku berjanji bahawa cinta kita kan abadi. Tk perlu kamu meragui ketulusan hatiku ini.

Kini ku sedar yg aku telah banyak melukakan hatimu.

Kaulah insan yg paling indah yg diciptakan tuhan untuk ku.

Kita dipertemukan kerana kita saling mencintai.

kita harus jalani memori yg pahit ini dengan rela hati.

Aku meminta maaf.

Berilah aku kesempatan untuk membuktikan bahawa aku benar2 mencintaimu wahai kekasihku.

Semua yg ku tulis disini bukan sekadar kata2 yg manis. Tetapi ia dtg ikhlas dari hatiku sendiri.

Maafkan ku sekali lagi. Aku memang bodoh. Sangat2 bodoh.

Maafkan ku wahai kekasihku. :(

Dan walaupun dikemudian hari kita tidak bersama lagi, tolong jgn lupakan kenangan kita bersama. Walaupun pahit mahupun manis. :/

Labels:


@ 12:00 AM

» Back to top.




PROFILE♥

Photobucket

♥Hi^_^ Im Fazeila.
Call me Eila for short.
1 year older on 050193
ITE Macpherson is my school. =)♥
steadygerl_93@hotmail.com


♥ Tag before you leave okay. ♥

Disclaimer♥

♫JUKEBOX♫

Music Playlist at MixPod.com

♫ Bila Cinta by Filianti Vlee

SPEAKOUT♥

THANKYOU♥

Designer:
♥intoxiicated-

Rights Reserved © ♥intoxiicated-